News

LADIES MOVIE NIGHT 2018

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

28 MEI 2018, ISNIN | 12 RAMADHAN 1439H

DISEDIAKAN OLEH: NUR RAHMANAH MOHAMAD ALMUTANGALLI

Inapan Siswa SME Bank: Biro Hal Ehwal Siswi Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inasis SME Bank telah mengadakan program Ladies Movie Night 2018 pada 16 dan 23 April 2018. Program ini bertujuan mengutip dana untuk disumbangkan kepada badan kebajikan di samping menyambut Hari Wanita Sedunia. Program ini  dijalankan di Dewan Kuliah Gugusan 2/4, Universiti Utara Malaysia.

Program ini telah berjaya dijalankan dengan penyertaan bukan sahaja daripada siswi Inasis SME Bank malah siswi Inasis lain turut menyertai program ini. Filem yang ditayangkan adalah filem Bride Wars dan How To be Single. Filem ini menyampaikan mesej tentang wanita boleh berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada kaum lelaki.

Sewaktu program ini berlangsung, peserta turut diberikan goodies bag yang berisi air mineral, popcorn, cupcake dan gelang tangan glow in the dark sebagai tiket masuk. Pengarah program, Nurfatin Atirah Zulkhairi berharap program ini boleh dijalankan lagi pada masa hadapan dengan lebih banyak lagi penyertaan daripada siswi seluruh Inasis.

Search

Office Address

Inapan Siswa SME Bank,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-928 4403 / 4405
Fax : 04-928 4404
Emel: inasissmebank[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Wednesday : 8 am to 5pm
Thursday  : 8am - 3.30pm

Weekend (Friday & Saturday) : Closed
Public Holiday  : Closed

Visitor Counter

Today10
Yesterday16
This week10
This month171
Total585

Please publish modules in offcanvas position.